stdy...

Wednesday, September 1, 2010

exam dah dkt msti kna stdy nie..hehehe,,,rya dah nak dkat..posa msti full nie..

sihatkan hari mu dengan aktiviti berfaedah

Friday, August 20, 2010

aslamkum..dan..salam 1 dunia..
   
      sihatkan dri mu dengan aktiviti yg berfaedah seperti dgn besukan...Ini dapat menyehatkan tubuh bdan anda.pelbagai jenis sukan dapat di lakukan antara nya adalah seperti joging,bolasepak,dan lain-lain lagi...Ini kerana badan kita harus mengeluarkan peluh yang tesimpan dalam tubuh badan kita..itu saja yang saya hendak perkatakan...sekian terima kasih...walaikumsalam.....

      
         mari lah kita semua bersama-sama besukan..maju lah sukan untuk diri kita sendiri...

masa

kita seharusnya menhargai masa...masa itu pnting bgi kita...ingat lh..masa itu emas...

gempak pnya kreta

gempak pnya kreta

pic x

pic x

bekerjasama

bekerjasama

biodata ku....

nama azlan,berumr 16 thn,ank ke4 dri 4 adkbrdik..tggl kat Bkenu,area Miri,asal sbnrnya Bintulu..

bca lh dgn hty yang tulus

bca lh dgn hty yang tulus

benda yg baik

melakukan bnda yg baik itu tetapi x megharapkan balasan ny..
buat lh dgn jujur dan iklas dari haty yg tulus.......wassalam...

sahabat

sahabat

my link

“Mak, esok cikgu minta duit bayar buku rujukan berjumlah empat puluh ringgit,” Pintaku pada ibu sebelum aku masuk tidur. Walaupun pada pengetahuanku, ibu pasti mengeluh. Namun kali ini ibu agak pelik. Ibu langsung tidak berkata apa-apa malahan terus mengeluarkan wang kertas dari dompetnya yang agak lusuh, lalu memberikan kepadaku agar tidak terlupa esok. Aku tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada ibu atas pemberiannya itu. “Norzaina! Kamu menyalin nota yang saya baca ataupun menulis surat cinta?,” teriak cikgu Aini, lantas mematikan lamunanku. Aku terpinga-pinga seolah-olah tidak memperendahkan kata-kata Cikgu Aini. Dengan langkah bersahaja, Cikgu Aini berjalan menghampiriku. Diambilnya buku nota yang aku conteng dengan tulisan yang aku cuba tuliskan bait-bait puisi yang tidak sempat aku siapkan. “Kerana bagiku, bakat menulis adalah ibarat sebilah pisau, semakin diasah semakin tajam. Begitu juga dengan menulis. Semakin aku menulis, semakin banyak ilham yang aku perolehi. Mungkinkah itu benar?” Demikian antara tulisan yang aku tuliskan diatas kertas yang sepatutnya aku tulis nota-nota yang Cikgu Aini baca. “Selepas habis waktu belajar, jumpa Cikgu di bilik guru.” Kata Cikgu Aini kepadaku. Aku hanya mengangguk tanda akur. Selepas habis waktu belajar, seperti yang diminta, aku berjumpa dengan Cikgu Aini di bilik guru. Di sana aku mengetuk pintu lalu dipelawa masuk dan duduk oleh Cikgu Aini. “ Kamu ni benar-benar minat menulis, Norzaina?.” Tanya Cikgu Aini kepadaku. Aku merasa amat lega. Aku hanya mampu mengangguk tanda setuju soalan Cikgu Aini kepadaku. “Kalau kamu betul-betul berminat dalam bidang penulisan, kamu harus memberi tumpuan yang serius dalam bidang ini. Maksud Cikgu, suatu hari nanti bila kamu sudah betul-betul bersedia untuk menulis. Hasil karya seseorang penulis, bukanlah dinilai dari ayat yang panjang berjela. Sebaliknya, ianya dinilai dari peristiwa-peristiwa penting hingga ke akhir cerita dalam sesebuah karya yang cuba disampaikan kepada pembaca,” jelas Cikgu Aini kepadaku. Aku terpegun dengan kata-kata Cikgu Aini yang merupakan kata-kata dorongan kepadaku untuk meneruskan minatku. Aku minta diri untuk pulang ke rumah, lalu dipelawa oleh Cikgu Aini untuk menumpang keretanya yang kebetulannya memang susah untuk aku mendapatkan tumpangan pulang ke rumah. Kerana telah setengah jam waktu persekolahan tamat. Setibanya di rumah, aku terus menikmati hidangan makan tengahari yang disediakan oleh ibuku. Setelah selesai, aku mula mengemas rumah, seperti kebiasaannya pada hari-hari lepas. Ibu sibuk dengan kuih-muihnya. Bermula jam dua petang, ibu seolah-olah tidak mempunyai cukup waktu untuk menyiapkan peralatan kuih-muihnya. Denagn memanaskan daun pisang, pembungkus nasi pulut panggang, dengan kelapa yang perlu diparut dan dengan inti karipapnya. Kadang-kadang aku sangat kasihan melihat ibu, yang seolah-olah tidak mengenal erti penat. Keadaan ini berlaku semenjak aku berada dalam Darjah Dua lagi. Ayahku tidak terdaya melakukan apa-apa setelah telibat dengan tragedi kapal karam. Kapal milik Tuan Kassim Taukey ikan, karam lalu menghanyutkan ayah dan dua orang lain rakannya jauh ke Kampung Senau iaitu 100 km dari kampung kami. Hanya ayah yang terselamat. Dua orang lagi rakannya, tidak diketahuai beritanya. Walaupun ayah selamat, tetapi ayah kurang siuman, kerana sepuluh hari berada di lautan. Aku tersentak dari lamunan apabila aku sedang terbongkok-bongkok menyapu lantai, aku terpandang sehelai kertas yang ditandatangani oleh ibuku. “Apa! Surat Jual Beli Tanah?” Tanya hatiku. Kuamati betul-betul, dan memang sah ibuku telah menjual tanah pusaka arwah datukku. “Patutlah malam tadi sewaktu aku meminta sejumlah wang, terus ibu memberinya kepadaku.” Getus hatiku. Lima tahun telah berlalu, aku kini bersyukur kerana akku telah tamat dengan pengajian kelas Enam Atas. Insyaallah, tidak mustahil bila keputusan STPMku keluar, aku layak untuk melanjutkan pelajaranku ke universiti. Sebelum itu, aku bercadang untuk mencari pekerjaan sebagai seorang guru sandaran. Kerana, cita-citaku adalah untuk menjadi seorang guru dan penulis sambilan, seperti Cikgu Aini. “Tetapi, dimanakah Cikgu Aini sekarang?” dalam hatiku tertanya sendiri. Aku tiba-tiba teringat akan guru-guru yang pernah mengajarku. Seperti Cikgu Amran, Cikgu Aini, Cikgu Masnaidah dan ramai lagi cikgu yang sememangnya jasa mereka tidak akan aku lupakan. Siapalah aku tanpa mereka. Terutamanya Cikgu Norlin yang memperkenalkan aku dengan huruf A hingga Z, 1 hingga 10. “Jasamu tetap dikenang sepanjang hayatku.” Bisikku hatiku. Seperti yang dirancang, aku ditawarkan menjadi guru sandaran. Pengalaman menjadi guru sandaran telah banyak mengajar aku erti kesabaran. Kerana pelajar Tingkatan Tiga yang aku terdiri daripada pelajar yang memang terkenal dengan kenakalannya. Aku masih ingat, bahawa aku pernah diugut oleh seorang pelajar lelaki, kerana menegur fesyen rambutnya yang agak keterlaluan, seperti kulit durian. Aku menegur kerana memang kewajipanku membentuk disiplin pelajar. Sewaktu aku menjadi guru sandaran selama tiga bulan, aku hanya menulis sebuah cerpen sahaja. Itupun aku menulis pada hujung minggu sahaja. Bayangkan! Seolah-olah itu bohong. Namun itulah kenyataannya, kerana aku sangat sibuk dengan buku-buku para pelajar. Pelajar Tingkatan Tiga memerlukan banyak latihan dan ulangkaji. Tambahan pula, aku sentiasa mempelawa mana-mana pelajar yang berminat datang ke rumah untuk membincangkan tentang pelajaran mana yang mereka kurang faham. Masa tiga bulan bagaikan tiga minggu. Aku menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke menara gading. Ramai pelajar perempuan menangis kerana pemergianku. Aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sarawak. Hari pertama aku di UitM, aku merasa sangat kekok. Pada firasatku, semua penuntut di sini semuanya sombong belaka. Adakah benar?? Rupanya tidak.. Buktinya bila aku terlupa membawa pulang payung yang aku letak di luar kelas, tiba-tiba seorang penuntut perempuan memanggil-manggil namaku. “Norzaina, payung ini bukan awakkah yang punya?” soalnya. Aku agak terkejut. ‘Bagaimana dia boleh tahu namaku? Oh! Baruku teringat. Sebelum bermula waktu belajar, kami diminta memperkenalkan diriku’ “Err....ya. Terima kasih. Awak siapa nama?” tanyaku pula padanya. “Saya Noraini binti Abdul Rahman, berasal dari Labuan, kursus Pendidikan dan Penulisan’’ Terangnya tanpa diminta. Aku hanya mengangguk tanda faham. “Esok kita ada kelas, penulisan. Puan Aini yang mengajar kita. Awak mesti datang atu. Dia pensyarah yang berkebolehan.” Noraini terus berceramah tanpa banyak soal. “Aini binti Bustami?” tanyaku. “Eh, macam mana awak tahu?’’ soal Noraini. Aku pun bercerita panjang lebar kepada Noraini. Walaupun dalam waktu sesingkat beberapa minit dalalm perjalanan dari kelas ke asrama. Banyak cerita yang kuperolehi dari Noraini yang kebetulannya tinggal besebelahan bilik denganku. Rupa-rupanya Cikgu Aini kini menjadi seorang pensyarah yang akan mengajar aku kelas penulisan. Tidak sabar rasanya aku untuk bertemu dengan bekas guru yagn banyak mendorang aku untuk berjaya. Esok yang kunantikan kini telah tiba. Anak mataku tidak lepas memandang ke pintu. “Selamat pagi, Puan Aini.” Gema suara kelasku. “Selamat pagi semua.” Jawab Puan Aini. Mataku dan Puan Aini bertentangan. Masing-masing terkejut. Puan Aini menghampiriku. “Kamu Norzaina binti Susalman, kan?” tanya Puan Aini. “Ya Puan.” Jawabku sambil menghulurkan tangan bersalaman. Aku diperkenalkan kepada rakan sekuliah, kerana lewat seminggu melaporkan diri dari rakan-rakan. Aku gembira bertemu dengan Puan Aini. Hari terlalu pantas berlalu. Hari ini genaplah dua tahun akku menuntut di UiTM. Hari yang dinantikan telah tiba. Aku dan rakan-rakanku telah menerima segulung ijazah seperti yang diimpikan. Kugenggam segulung ijazah dan kuserahkan kepada ibuku. “Mak, Aina berjanji akan menebus kembali tanah pusaka yagn telah ibu gadaikan sewaktu Aina bersekolah dulu. Dengan segulung ijazah ini, Aina akan penuhi setiap impian ibu walau setinggi gunung sekalipun. Demi keluarga kita.” Janjiku dengan airmata berlinangan membasahi pipiku. Kupeluk ibu dengan penuh kesyukuran.